Friday, November 12, 2010

::Kenali "ILLUMINATI" dan pertubuhan sulit yahudi "Bilderberg"..Dan Siapakah "Rotschild dan Rockefeller" disebaliknya....::


ILLUMINATI - Pyramid with "seeing eye"- Propoganda & Perencana Paling Bersejarah Di Muka Bumi.


Apakah Illuminati ? 

Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt. Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai IlluminatiSemenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati. 

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.Illuminati juga dikenali sebagai Kerajaan halimunan Dajjal.

Bilderberg

Kumpulan ini adalah kumpulan yang diarahkan oleh Dajjal kepada konco-konconya (keluarga Rotschild dan Rockefeller) untuk ditubuhkan. Bilderberg berperanan khusus dalam mengawal industri minyak dunia melalui syarikat-syarikat mereka iaitu ExxonMobil, Shell, Projet dan Caltex.

Penubuhan Bilderberg Group adalah bermula pada saat perjumpaan dua kumpulan international billionaire conspirators iaitu Keluarga Rotchilds dari Britain dan Keluarga Rockefeller dari Amerika Syarikat. Dua keluarga billionaire ini merupakan penguasa ekonomi dunia yang sebenar khususnya dalam industri kelengkapan peperangan dan carigali minyak (ExxonMobil).Kesimpulannya, ekonomi dunia sejak 1740-an dikuasai oleh Empayar Rotschild (www.rotschild.com) hingga sekarang, manakala muncul pula satu lagi penguasa ekonomi iaitu Empayar Rockefeller (www.rockefellercenter.com) pada 1870-an, kedua-duanya keluarga Yahudi.Mereka adalah penyumbang dana terbesar kepada setiap perencanaan yahudi di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya, inilah bukti Dajjal adalah genius, bukannya seorang individu yang menyorok di gua, gunung dan bukit, kemudian berdiam diri menunggu hari kiamat. Semuanya telah diatur oleh Dajjal.(wallahualam)


Rotschild dan Rockefeller

Kedua-dua makhluk ini merupakan benih dari keturunan Yahudi asli yang mana bertanggungjawab di atas masalah-masalah eknomi dunia dan juga peperangan dunia. Kedua-dua mereka memiliki kekayaan yang tiada had, namun kekayaan mereka disembunyikan oleh majalah FORBES dan diletakkan dengan nama yahudi lain iaitu Bill Gates. (Bill Gates juga seorang Yahudi sejati)

Kekayaan Rotschild dan Rockefeller adalah diperoleh secara turun temurun semenjak zaman sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Menurut kebanyakan penyiasat konspirasi, keturunan Rothschild adalah dari nasab salah seorang Bani Israel yang mengikut Nabi Musa a.s. merentas laut Merah kerana dikejar Firaun. Keturunan nenek-moyang Rothschild ini jugalah yang berpaling tadah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun dengan mengikut kata-kata dusta Samiri (Dajjal) agar menyembah patung lembu.Rothschild dan Rockefeller diyakini sebagai Yahudi dari suku Ashkenazim iaitu sama keturunannya dengan Karl Marx, Hitler dan Albert Pike. Mereka menguasai seluruh ekonomi dunia termasuk Jepun. Persoalannya, bagaimana kedua-dua mereka menguasai dunia? Itu adalah cerita panjang yang mana anda perlu menyelongkar semula sejarah berlakunya Revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan beberapa negara Eropah lain

KesimpulanKita boleh membahagikan dunia seperti berikut:• Negara dunia mengikut telunjuk PBB.• PBB mengikut telunjuk Amerika.• Amerika mengikut telunjuk presidennya (sekarang Barack Obama)• Presiden Amerika tunduk kepada arahan Rockefeller dan Rothschild.• Kemudian kedua-duanya menurut arahan siapa?…..

Sudah tentu perancang,pengatur dan perencana, si-genius yang berselindung..- 'The Hidden Hand' Dajjal Laknatullah Al-Muntazhor manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

WALLAHUALAM


sumber (ibnuyaacob.com) - Prepared by 'PermataDunia'

Mata Wang "Dollar" bersama simbolik ILLUMINATI "Pyramid with seeing eye"

::BULAN DAN BINTANG.....ADAKAH IA LAMBANG AGAMA ISLAM??::


Maklumat yang diambil terus dari kajian 'efairy-holywar',blog yang telah ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan terlalu banyak rahsia.Kepada yang belum jelas,atau memahami sila renung-renungkan untuk kesejahteraan dan kesucian Agama Islam.

Adakah ini lambang sebenar Islam? Bagaimana umat Islam disihir dengan dahsyatnya pada zaman sekarang? Sila baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita. 

Saya mulakan artikel ini dengan petikan ayat dari Al-Quran.

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."Al-Baqarah 102


Berdasarkan ayat di atas dan tajuk artikel ini, apa yang dapat anda semua kaitkan? Buka mata, buka hati. Insya Allah anda akan dapat mengungkaikan puzzle ini. Setelah kewafatan Rasullulah s.a.w dan berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin, umat Islam sebenarnya telah disihir dengan teruk oleh musuh nombor 1, yang telah sekian lama diberikan amaran oleh Rasullulah s.a.w. Siapakah yang dimaksudkan itu?Sudah tentulah Dajjal/The Antichrist dan konco-konconya!

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." (Muhammad Bin Abdullah- 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH.)

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah s.a.w dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK! Sabda Rasullulah: "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri.

Jalur Gemilang

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama.Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (God of Hunting).


Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.Lambang ini digunakan oleh Sultan Muhammad II sebagai lambang penguasaan kerajaan Utmaniah keatas kota Constantinople. Sebagai lambang bahawa Contantinople telah berada dibawah kuasa kerajaan Uthmaniah. Bukan sebagai lambang agama Islam.

Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada PUTIH,HIJAU atau HITAM. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. IA JUGA DIGUNAKAN OLEH FREEMASON!.

Lost Symbol

Ini ialah simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Diambil dari Grand master terakhir Knights Of Templar iaitu Jacques De Molay.

Lukisan Purba Freemason-Masonic

Di Lodge Freemason

Jata Kerabat Diraja Poland


Bendera Perang Knight Of Templer



Kepak Isis yang membentuk bulan sabit




Perhatikan Fezz (topi) yang dipakai oleh Shriner di bawah. Bulan dan bintang.


Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".Al-Hijr 39-40

Lihatlah di sekeliling kita sekarang di masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam, lambang apa yang digunakan? Seolah-olah diagungkan lambang itu. Jika kita lihat sekarang, di kebanyakan masjid mempunyai lambang ini. Lambang ini sebenarnya adalah dari Yahudi dan Nasrani dalam usaha mereka untuk menyelewengkan akidah umat Islam menyembah Allah yang satu dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. Yusuf 106Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Yusuf 108Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.Al-Baqarah 120 Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. Al-Imran 100 Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam). Al-Baqarah 109

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Thursday, November 11, 2010

RUMAH ITU SYURGA ISTERI….


“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai. Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud…

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.” Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung… “…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya… Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW…

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Kerana telur rebus


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha

Tuesday, November 9, 2010

13 tAnDa aNdA Jtuh cInTa


jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

HUhuHU...

Anak Ditampar Ayah Gara-Gara Pakai Tudung.. (hahaha menggong tul cite nie.. )


Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku….
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung?

Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk.
Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.
Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.
Aku sanggup lari dari rumah.Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung.
Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!”Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. “Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh… . sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak… .” Pangggggggggggggggg gggg… .! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.”Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa
Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng!Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU!OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Moral of the story: kenalpasti jantina anda!

Monday, November 8, 2010

Gambaran Hari Qiamat




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.